“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Family & Parenting
13 May 2024 • 3:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui setiap tahun, hari ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei. Bagi tahun ini, hari istimewa ini jatuh pada tarikh 12 Mei.

Sudah semestinya setiap individu berlumba-lumba untuk membahagiakan ibu tersayang sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka.

Lain orang, lain cara sambutannya. Masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam menyambut hari istimewa tersebut mengikut kemampuan masing-masing.

Ada yang memilih untuk meluangkan masa menyambutnya di restoran-restoran mewah, ada juga yang memilih untuk menghadiahkan barangan tertentu atau jambangan bunga sebagai tanda kasih dan perhargaan kepada wanita terhebat itu.

Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Sambutan Hari Ibu

Sempena sambutan hari ibu semalam (12 Mei), seorang pemuda berkongsikan momen indah bersama ibunya bagi meraikan hari istimewa tersebut.

Menerusi video di akaun TikTok @mazuanfarishman, lelaki yang dikenali sebagai Mazuan berkongsikan saat di mana dia membawa ibunya pergi ke Kedai Eco.

Menurut Mazuan, hanya itu sahaja yang mampu dilakukan bagi meraikan hari istimewa tersebut bersama ibunya yang tersayang.

“Selamat hari ibu. Maaf hanya mampu bawa pergi kedai Eco RM2,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta beberapa barang rumah yang lain.

Hantaran Tarik Perhatian Warganet

Video yang telah mendapat lebih 34 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka memuji tindakan Mazuan yang dilihat tetap menyambut hari ibu dengan cara tersendiri.

Bagi warganet khususnya wanita, majoriti daripada mereka menganggap Kedai Eco merupakan ‘syurga’ beli belah buat golongan ibu-ibu.

Malah, ada juga yang turut mendoakan pemuda berkenaan dimurahkan rezeki kerana membahagiakan ibu tercinta.

Berikut antara komen warganet:

Ko Tahu Tak Dik, Eco Tu Tempat Paling Bahagia Bagi Mak-Mak

image is not available

Acik Kalau Dapat Shopping Kedai Eco, Dia Punya Nikmat Tu, Subhanallah

image is not available

Kami Mak-Mak Tak Kisah Kedai Mana-Mana Pun, Anak Belanja Pun Kami Dah Bersyukur

image is not available

Masih Beruntung Ada Mak, Janji Mak Happy

image is not available

Lagi Best Dari Shopping Kedai-Kedai Mahal

image is not available

Untung Seorang Ibu Dapat Anak Seperti Kamu

image is not available

Source: