“Maaf lambat, baru lepas bersalin” – Pemandu Tampal Notis Sebab Bergerak Perlahan Ini Buat Netizen Cair

Entertainment
25 May 2023 • 4:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sikap toleransi masyarakat zaman sekarang bila di atas jalan memang rendah, kalau perlahan sedikit habis kita kena hon, perkara ini membuatkan segelintir individu rasa bimbang kalau terpaksa lalui satu situasi yang memaksa mereka untuk bawa perlahan.

Misalnya macam pemandu kereta Axia putih yang tengah tular ini yang mendorong dirinya untuk menampalkan notis di cermin belakang keretanya. Kegiatan itu tular menerusi sebuah rakaman video oleh seorang pengguna TikTok yang terserempak dengan kereta ini.

 

“Maaf lambat, baru lepas bersalin”

Ketika melihat kereta tersebut, ia membuatkan @soopfea rasa terharu apabila terbaca notis yang telah diberikan itu. Berdasarkan perkongsian video yang telah meraih 304,000 jumlah tontonan itu, insiden ini dikatakan berlaku di Plaza Tol Ayer Hitam, Kluang, Johor.

image is not available

Kata @sooopfea kepada Lobak Merah, dia kongsikan video hanya sekadar suka-suka kerana baginya ia satu perkara yang agak comel dan dalam masa yang sama mengundang simpatinya.

“Sebenarnya itu cuma saja-saja, dekat kereta tu tulis “maaf lambat, baru lepas bersalin” dan saya rasa benda tu sangat comel dan saya juga rasa simpati. Ending saya cakap I love you tu sebab saya rasa dia layak terima.”

Harapannya agar pemilik kenderaan tersebut nampak perkongsiannya serta dapat beri semangat atau apa-apa perkara yang baik kepada semua.

@sooopfea

COMELLLLLLLNYAAA!!! Kepada akak, hope you have a great day & life ! sending hugg for youu #fyp

♬ original sound – ㅤ – ㅤ

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersependapat dengan wanita ini dan anggap bahawa tindakannya itu sebagai satu tindakan yang agak comel.

image is not available image is not available image is not available

Mungkin dia buat macam tu ada sebab tertentu kot, yalah kalau bunyi hon nanti terkejut, keadaan jalan yang berlubang mungkin buat keadaan si ibu terganggu dan mungkin bunyi hon juga boleh ganggu bayi tu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article