“Maaf menyusahkan..” – Fathia Latiff Mengaku Hidap Skizofrenia, Minta Maaf Pada Ibu

Entertainment
17 May 2024 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Fathia Latiff seringkali disebut-sebut berikutan beberapa kontroversi yang membuatkan netizen tak senang duduk.

Terbaharu, Fathia menerusi Instagram telah mendedahkan dirinya sedang menghidap penyakit kesihatan mental iaitu skizofrenia.

Beri ucapan hari jadi pada ibu

Dalam hantaran di Instagram, Fathia memuat naik gambar dirinya ketika berusia 23 tahun bersama ibunya, Badriyah Hassan. Dia memberi ucapan hari lahir dan turut berterima kasih kepada ibu kesayangan yang tidak lelah mendidiknya sejak kecil.

Gambar ini diambil ketika berusia 23 tahun dan segalanya berjalan dengan lancar. Tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu yang merupakan manusia menakjubkan.

Terima kasih kerana telah menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Dedah hidap Skizofrenia, mohon maaf pada ibu

Di akhir ucapan tersebut, Fathia meminta maaf kepada ibunya atas penyakit Skizofrenia yang dihidapi kerana ia telah membebankan keluarga.

Kenyataannya, saya meminta maaf sebab telah menyusahkan ibu dengan penyakit Skizofrenia. Bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa. Saya berjanji saya akan menjaga diri dengan lebih baik dan akan meluangkan masa bersama dengan ibu.

Menurut portal rasmi MYHEALTH KKM, Skizofrenia merupakan penyakit mental yang diakibatkan oleh ketidakseimbangan satu sel kimia di dalam otak. Kesan paling ketara terjadi apabila pesakit mengalami halusinasi iaitu melihat atau mendengar perkara yang tidak wujud dan fikiran mereka mengalami kecelaruan.

Moga Fathia baik-baik sahaja…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.