“Maaf Mommy Sakit Sayang Tetapi…” - Nur Fazura

30 Oct 2026 • 1:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Maaf Mommy Sakit Sayang Tetapi…” - Nur Fazura

Sebelum mengakhiri bulan Oktober, pelakon, Nur Fazura berkongsi semula momen-momen istimewa hari jadi anaknya, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.Menerusi perkongsian di Threads, Fazura memuat naik foto susana sambutan tertutup itu yang dihadiri oleh rakan-rakan dan guru sekolahnya.“Sebelum oktober berakhir, ini beberapa memori untuk disimpan iaitu sambutan hari jadi tertutup Fatima yang ke enam tahun yang disambut dengan rakan-rakan, guru sekolah diikuti dengan kejutan menyentuh hati daripada papa Faiz dan mama Nor Asmah serta sepupu kesayangan di rumah,”tulisnya.Dalam masa sama, pelakon drama filem Pisau Cukur itu turut memohon maaf pada anaknya kerana tidak dapat hadir ke majlis berkenaan susulan keadaan kesihatannya yang kurang sihat.“Maaf mommy sakit sayang tetapi yang pastinya kamu amat disayangi oleh keluarga, rakan-rakan, uncle aunties online dimana-mana sahaja,”ujarnyaFazura turut berpesan agar Fatima sentiasa menjadi anak yang bersyukur dan baik, selain menyatakan rasa sayangnya terhadap anak tunggalnya itu.“Tetaplah bersyukur, sweet dan jadi orang yang baik, anak kesayanganku. Ibu cinta awak lebih dari yang awak tahu. Permata saya Nur fatima Aisya,”titipnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved