'Maaf saya sebak.' Aisha Retno menitis air mata baca surah al-Qadr dalam program TV, maksud sentimental buat hati tersentuh

18 Mar 2026 • 10:27 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PENYANYI Aisha Retno menjadi perhatian selepas muncul mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran dalam siaran langsung program Tazkirah Malam Jumaat.

Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, menerusi klip video yang dikongsi semula di Threads, kelihatan sebak ketika membaca bacaan surah al-Qadr dengan penuh penghayatan.

"Maaf jika Aisha sebak membawa surah al-Qadr.

"Sebelum datang ke studio tadi ada baca tafsir tentang surah ini dan ia sangat meaningful and sentimental. Terima kasih sudi jemput Aisha mengaji," titipnya.

image is not available

Warganet tertarik dengan alunan bacaan ayat-ayat suci oleh Aisya memuji bacaan lancar dan merdu serta sampai ke hati.

"Good on you Aisha, bila baca ayat-ayat ALLAH boleh tersentuh hati. Ramai manusia di dunia ni bila baca al-Quran susah betul nak tersentuh hatinya, sekadar baca saja (termasuklah aku). Semoga istiqamah dan bertambah keberkatan dalam hidup ya. Aamin."

"Girl u recite the holy Quran so nice. Soothing and tranquility is present. Thank you girl."

"Aisha. Saya tengok tadi. Masya-ALLAH sedap Aisha baca dan elok taranum tadi. Cantik bertudung. Semoga ALLAH kurniakan kita kelembutan dan kelapangan hati asbab membaca al-Quran."

"Kita pun menangis tengok awak menangis. Sedap suara mengaji. Allahuakbar."

Difahamkan kemahiran mengalunkan ayat-ayat suci secara berlagu dengan betul atau taranum tidak asing bagi Aisha.

Pelantun Jodoh Lebaran itu mempunyai asas taranum yang dipelajari sejak di bangku sekolah dan akan menghabiskan 30 juzuk al-Quran pada bulan Ramadan.