“Maaf Suamiku” – Pengantin Lelaki Terpaksa Bersanding Seorang Diri Kerana Isteri Masuk Hospital

Entertainment
3 Jan 2024 • 12:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap bakal pengantin pastinya mengimpikan majlis persandingan yang berlangsung dengan sempurna.

Ini kerana ia merupakan momen dan kenangan yang berlaku sekali seumur hidup bagi kebanyakan individu.

Namun, dalam kita merancang, Allah jugalah yang menjadi penentu segalanya. Tidak semua apa yang dirancang itu menjadi kenyataan dan pasti ada hikmah di sebalik dugaan yang melanda.

Isteri Masuk Hospital, Pengantin Lelaki Bersanding Sorang-Sorang

Terbaharu, tular video seorang pengantin lelaki yang terpaksa bersanding seorang diri gara-gara isterinya dimasukkan ke hospital.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @tyazara_, dia berkongsikan suasana di mana suaminya bersanding seorang diri tanpa kehadirannya.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Fatihah Zahra, dia terpaksa membiarkan suaminya bersanding seorang diri kerana dirinya ditahan lima hari sebelum majlis persandingannya di sebuah hospital di Kuala Lumpur akibat radang paru-paru yang dialami olehnya.

Difahamkan, majlis persandingan berkenaan diadakan di Kedah.

Malah, menurut Fatihah, dia tidak menyangka akan ditahan di hospital sehingga dia tidak sempat untuk bersanding.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan mendedahkan bahawa majlis akad nikah telah diadakan lebih awal iaitu pada 11 November 2023 yang lalu.

“Maaf suamiku, terpaksa bersanding sorang-sorang,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

image is not available
Foto: TikTok @tyazara_

image is not available
Foto: TikTok @tyazara_

Video Raih Perhatian Netizen

Video carousell yang mendapat lebih 500 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa pasangan itu dan mendoakan wanita berkenaan agar segera sembuh.

Malah, kebanyakannya turut meminta Fatihah dan suaminya untuk bersabar serta menganggap ada hikmah di sebalik dugaan yang berlaku.

Namun, ada juga segelintir mempersoalkan tindakan pasangan terbabit yang tetap meneruskan kenduri walaupun pengantin perempuan tidak dapat hadir ke majlis persandingan sendiri.

Berikut antara komen warganet:

“Kenapa Tak Tunda Tarikh Majlis”

image is not available

“Kesiannya, Laki Kita Kena Tahan Wad Seminggu Sebelum Majlis Pun Kita Dah Sedih Gelisah”

image is not available

“Untung Dapat Laki Macam Suami Akak, Walaupun Sanding Sorang, Tetap Semangat”

image is not available

“Semoga Akak Cepat Sembuh”

image is not available

“Saya Tengok Sayu Je, Tuan Punya Badan Apatah Lagi”

image is not available

Source: