“Maafkan saya abang” – Isteri Luluh Tak Dapat Selamatkan Suami Dibawa Ombak Di Pantai Batu Burok

Entertainment
19 Feb 2024 • 10:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang isteri menanggung perasaan pilu apabila dia tidak dapat menyelamatkan suaminya yang dibawa arus ketika beriadah di Pantai Batu Burok, Terengganu.

Menurut laporan Berita Harian, Nora Elina yang berasal dari Petaling Jaya itu hanya mampu melihat suaminya, Zulkarnain dibawa arus.

“Maafkan saya abang, saya sudah berenang untuk menyelamatkan abang kira-kira lima meter daripada pantai,” luahnya.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, Nora terlihat Zulkarnain timbul di permukaan air selang beberapa minit selepas dihanyutkan ombak.

image is not available

“Kita mencampakkan pelampung ke arah Zulkarnain yang ketika itu timbul di permukaan air dan saya berenang ke arahnya untuk menyelamatkan dia.

Ketika berenang ke arahnya, kita juga turut dihanyutkan arus dan berpatah balik semula ke pantai bimbang turut ditenggelamkan ombak,” katanya lagi.

Dalam laporan yang sama, Nora dan Zulkarnain serta dua anaknya bercuti ke Terengganu dan menginap di sebuah hotel di kawasan Batu Burok sejak Jumaat dan sepatutnya mendaftar keluar hari ini.

Nora Elina berkongsi, sebelum kejadian suaminya sedang bermain ombak di tepi pantai, manakala dia dan dua anak bermain pasir di pantai.

Selain itu, Komandan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Yusnizan Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada pengurusan hotel, kira-kira jam 11.30 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.