“Maaflah Kami Tak Bawa ‘Phone’, Nak Rakam Buat Konten” – Bomba Anggap Cacian Penduduk Kg Bahagia Lumrah Kerja

LocalPolitics
21 Apr 2026 • 5:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sebelum ini, tular mengenai anggota bomba yang dicemuh dan dianggap tidak berguna ketika sedang memadam kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan.

Malah, ada individu yang menjerit meminta mereka beredar walaupun pasukan penyelamat sedang bertarung dengan api yang marak.

Advertisement

“Kami tak perlu pujian, cukuplah dapat jalankan tugas”

Terbaharu, anggota bomba tampil menjelaskan bahawa mereka sebenarnya telah mengerah segala tenaga untuk mengawal kebakaran tersebut.

Menurut mereka, kata-kata kesat seperti ‘tak berguna’ dan ‘jahannam’ tidak diambil hati, sebaliknya dimaafkan kerana memahami tekanan emosi yang dialami mangsa ketika itu.

ko

Dalam masa sama, mereka turut mendedahkan pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang operasi, termasuk akses air yang terhad serta penggunaan peralatan yang sudah mencapai tahap maksimum.

Difahamkan, kebakaran yang berlaku pada awal pagi itu telah memusnahkan hampir 1,000 rumah.

Keadaan menjadi lebih sukar apabila laluan sempit menyukarkan pergerakan jentera bomba untuk memasuki kawasan terjejas.

Walaupun berdepan risiko tinggi serta tekanan daripada orang ramai, anggota bomba tetap komited menjalankan tugas demi menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kampung bahagia2026-04-21 10:01:04

Tular Video Anggota Bomba Diherdik, Dihina Ketika Padam Kebakaran Di Kampung Bahagia - "Tak Guna, Pergi Balik"

The post “Maaflah Kami Tak Bawa ‘Phone’, Nak Rakam Buat Konten” – Bomba Anggap Cacian Penduduk Kg Bahagia Lumrah Kerja first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article