Bomba Tak Ambil Hati Dicemuh Tak Berguna Ketika Padam Kebakaran Di Sandakan

LocalPolitics
21 Apr 2026 • 11:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial semalam rakaman video memaparkan orang ramai mencemuh anggota bomba menyifatkan mereka tidak berguna.

Kejadian ini berlaku ketika anggota berusaha untuk memadam kebakaran besar yang berlaku di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan Sabah.

Orang ramai jerit minta bomba pulang

Rakaman video yang tular menunjukkan orang ramai menjerit dan menyuruh anggota bomba beredar.

Keadaan bagaimanapun berjaya dikawal selepas pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) campur tangan untuk meredakan ketegangan di lokasi kejadian.

Image from: Bomba Tak Ambil Hati Dicemuh Tak Berguna Ketika Padam Kebakaran Di Sandakan
Kredit foto: Utusan Borneo/Hamzah Sanudin

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jimmy Lagung berkata, situasi seperti itu bukan sesuatu yang luar biasa buat pasukan mereka.

Keadaan seperti ini sudah biasa kami lalui. Kami faham mangsa berada dalam situasi tertekan, jadi kami maafkan dan anggap ia sebahagian daripada cabaran tugas.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kebakaran besar dilaporkan memusnahkan sekitar 1,000 rumah di kampung berkenaan.

Operasi pemadaman turut berdepan kesukaran berikutan laluan masuk yang sempit, sekali gus menyukarkan pergerakan jentera bomba untuk sampai ke kawasan terjejas dengan cepat.

Anggota bomba bagaimanapun tidak mengambil hati sebaliknya memahami tekanan emosi mangsa yang berdepan detik cemas.

Pssttt! Dalam situasi cemas macam ni, emosi memang mudah meluap-luap, lebih-lebih lagi bila melibatkan kehilangan tempat tinggal. Tapi dalam masa sama, kita kena hargai pengorbanan anggota bomba yang berdepan risiko demi menyelamatkan nyawa dan harta benda. Harap masyarakat lebih memahami dan beri ruang kepada petugas jalankan tugas mereka dengan tenang.

Kredit: Facebook VAT69-Perjuangan Semalam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Bomba Tak Ambil Hati Dicemuh Tak Berguna Ketika Padam Kebakaran Di Sandakan appeared first on Oh! Media.