Maal Hijrah 1445H/2223 ialah hari memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi

Family & Parenting
22 Jul 2023 • 10:00 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Maal Hijrah 1445H/2223 ialah hari memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi
Dr. Haji Zul mengucapkan “Selamat Tahun Baru Islam 1445 Hijrah dengan doa supaya Hijrah ini membolehkan masyarakat kita dapat bersatu padu dan menigkatkan lagi keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT.” Foto: Zulkifly

Hari Maal Hijrah juga dikenali sebagai Awal Muharam adalah hari yang sangat dihormati oleh umat Islam kerana ia menandakan 2 peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah agama Islam. Pertama, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Madinah ke Makkah. Kedua, Khalifah Umar Al-Kattab telah membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. Sesungguhnya, Hijrah melambangkan keikhlasan dan pengabdian seorang hamba demi keimanan dan keyakinan kepada Allah & syariatnya.

Hijrah Rasulullah SAW adalah inspirasi kepada kita semua untuk terus melakukan perubahan dalam kehidupan. Peristiwa hijrah ini berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW dan diriwayatkan dalam beberapa hadis. Antaranya, Rasulullah SAW bersabda: “Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul pada usia 40 tahun dan baginda tinggal di Makkah selama 13 tahun (dalam menyampaikan dakwahnya). Kemudian, baginda menerima wahyu daripada Allah SWT dan diperintahkan agar berhijrah daripada Makkah. Maka baginda SAW patuh segera berhijrah dan menetap di Madinah selama 10 tahun lalu wafat ketika berusia 63 tahun.” Hadis Riwayat Bukhari

Hijrah menuntut pengorbanan. Hijrah secara naratifnya merujuk kepada hijrah Rasulullah SAW daripada kota Makkah ke kota Madinah. Hijrah biasanya sinonim dengan makna perpindahan daripada satu tempat ke tempat yang lain. Dalam Kamus Dewan, hijrah bermaksud Nabi Muhammad SAW pindah dari kota Makkah ke kota Madinah. Selain itu, ia juga penghijrahan perbuatan ataupun berpindah. Hijrah adalah sunatullah dalam kehidupan manusia. Setap masa kita akan melalui fasa hijrah dalam kehidupan masing-masing.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fath al-Bari Syarh Shahih al-Bukhari, hijrah itu ada dua jenis: lahiriah dan batiniah. Hijrah batiniah adalah meninggalkan apa yang diperintah oleh hawa nafsu yang selalu memerintahkan keburukan dan syaitan manakala lahiriah adalah menghindarkan diri dengan memelihara agama darpada sebarang fitnah.

Berdasarkan penjelasan di atas hijrah juga adalah meninggalkan kekufuran menuju keimanan, meninggalkan darul kufur menuju darul Islam, meninggalkan kekalahan menuju kemenangan dan kemuliaan Islam dan mengubah penindasan menjadi keluasan rahmat. Allah SWT akan memberi ganjaran pahala jika ia dilakukan dengan niat kerana Allah.


Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.