Mabuk & ada masalah mental, lelaki cuba larikan diri selepas tunjuk kemaluan

19 Apr 2024 • 4:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang lelaki didakwa masuk rumah orang sehingga mencetuskan kekecohan di Bukit Belimbing Seksyen 26, Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Lelaki cuba larikan, didakwa berkelakuan tak senonoh

Video tular dimuat naik pengguna X dikenali, Tfsgxy_, lelaki didakwa masuk rumah orang dan kemudiannya melakukan tindakan tidak senonoh selain mengganggu kanak-kanak perempuan.

Akibat itu, penduduk setempat di kawasan tersebut dilihat ‘menyerang’ dan lelaki berkenaan cuba larikan diri selepas mencetuskan kekecohan.

“Kalau ikut akak tu cakap, lelaki ni masuk rumah orang, buka seluar dan hisap dadah, panggil budak perempuan umur 9 tahun untuk turun ke bawah,”maklumnya.

image is not available

image is not available

Padunya tumbuk cermin kereta!

Bagaimanapun, tindakan seorang lelaki memberi tumbukan pada cermin kereta suspek telah mencuri perhatian ramai.

Ini kerana ia dikatakan hebat kerana tumbukan pertama sahaja sudah mampu memecahkan cermin kereta berkenaan.

image is not available

Lelaki cuba larikan diri dah ditahan!

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek yang dipercayai menunjukkan kemaluan kepada seorang perempuan sehingga menimbulkan kemarahan ramai telah ditahan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa mengenai kejadian tersebut pada pukul 11 malam.

“Tangkapan dibuat oleh orang awam dan telah serahkan kepada pihak polis. Suspek merupakan seorang lelaki berusia 46 tahun.
“Hasil siasatan pihak polis mendapati suspek dalam keadaan mabuk dan mempunyai masalah mental. Suspek juga sedang menjalani rawatan psikiatri di sebuah hospital swasta di Klang,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Dalam pada itu, Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 2 tahun

Sumber: X Tfsgxy_