Sedondon beraya bersama View Chin, Mira minta netizen jangan cemuh keluarga

Entertainment
19 Apr 2024 • 8:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Influencer kontroversi, Amirah Aqilah atau dikenali Mira minta netizen untuk henti daripada mencemuh ahli keluarganya.

Cemuhan yang diterima itu bermula selepas timbul kontroversi Mira didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga usahawan View Chin dan Ah Moi.

image is not available

Mira minta netizen jangan cemuh, dah penat

Mira dalam hantaran di Instagram berkata, dia akui penat menerima segala makian dan cacian daripada netizen berhubung isu yang berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun, dirinya tidak boleh menerima jika ahli keluarganya menerima makian dan cacian daripada orang ramai atas kesalahan yang dilakukannya.

Mira berkata, biar dia seorang sahaja menerima kata-kata negatif dan bukannya ahli keluarga yang tiada kaitan.

“Kadang kala rasa penat dengan makian dan cacian. Allah itu sebaik-baik perancang.
“Kalau nak maki dan burukkan, cukup untuk Mira. Tapi, janga sesekali maki keluarga Mira. Orang dah tiada pun disebut-sebut,”tulis Mira di Instagram.

image is not available

Tegas Mira lagi, dia meminta dan merayu orang ramai daripada terus bercakap buruk mengenai keluarganya.

Terdahulu, nama Mira kembali menjadi bualan selepas dia memuat naik video beraya bersama View Chin dan mereka berdua dilihat memakai baju warna sedondon.

Tidak cukup dengan itu, View Chin juga turut dilihat meraikan perayaan Aidilfitri bersama keluarga Mira termasuk bersalam-salam dengan sanak-saudara.

Sebelum ini panas isu curang View Chin dan Mira di media sosial. Pempengaruh media sosial, Mira kembali jadi tumpuan apabila hantaran Instagram yang memaparkan kemunculan View Chin.

Untuk rekod, bekas isteri kepada View Chin dikenali sebagai Ah Moi pernah mendedahkan hubungan rahsia antara usahawan terbabit dengan Amirah sehingga mereka sama-sama bercuti di Bali.

Tak hanya itu, wanita terbabit juga berkongsi beberapa tangkapan layar mesej perbualan mesra antara suami dan pekerjanya sehingga menjadi perhatian netizen di media sosial.

Sumber: Instagram Amirah Aqilah