Mac mini dikemas kini dengan cip M2 dan harga permulaan lebih rendah, bermula RM2,499

Digital
17 Jan 2023 • 11:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tidak semua benda naik harga. Kalau anda nak lihat produk Apple turun harga, salah satu contohnya adalah Mac mini. Sewaktu versi Apple M1 dilancarkan dahulu, harga permulaannya adalah RM2,999 tapi versi Apple M2 adalah RM2,499.

image is not available
Harga permulaan Mac mini (2023)

image is not available
Harga permulaan Mac mini (2020)

Harga Mac mini (2023) di Malaysia

Seperti yang dimaklumkan tadi, RM2,499 adalah harga permulaan Mac mini yang diperkasa Apple M2. Varian M2 yang pengguna terima adalah yang memiliki 8 teras CPU, 10 teras GPU, dan 16 teras NE. Bersama-sama dengan cip tersebut, pengguna juga terima RAM 8GB dan storan 256GB.

image is not available

Konfigurasi paling tinggi Mac mini yang boleh anda dapatkan adalah yang berharga RM18,399. Atas papan utama, anda boleh temui cip Apple M2 Pro yang mengandungi 12 teras CPU, 19 teras GPU, dan 16 teras NE.

image is not available

Cip tersebut dipadankan pula dengan RAM 32GB serta storan 8TB. Port I/O yang disediakan agak lumayan. Anda daapt sehingga 4 Thunderbolt 4, 2 USB-A, jek audio 3.5mm, dan port Ethernet sepantas 10Gbps.

image is not available
Harga Mac mini (2023) termahal

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.