Macam Ala-Ala ‘Hollywood’, Papan Tanda Miri Baru Buat Netizen Kagum

15 Jul 2022 • 2:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Wahh dah macam papan tanda di Hollywoodimage is not available

Macam Ala-Ala ‘Hollywood’, Papan Tanda Miri Baru Buat Netizen Kagum. Akaun Facebook Miri City Sharing, telah berkongsi gambar papan tanda baru Bandaraya Miri yang kelihatan seperti papan tanda di Hollywood.

Gambar papan tanda Miri yang diambil oleh jurugambar Stephen Wen ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terpukau dengan keindahannya.

image is not available
Macam Ala-Ala ‘Hollywood’, Papan Tanda Miri Baru Buat Netizen Kagum. Kredit gambar: Stephen Wen

Papan tanda Miri baharu

Papan tanda Miri yang baharu ini seakan-akan papan tanda di Hollywood yang terletak di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Bandaraya yang kaya dengan sumber asli terutamanya petroleum ini juga merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Bumi Kenyalang ini.

Terletak di The Grand Old Lady, Canada Hill Miri, diharap agar papan tanda ini boleh menarik ramai lagi pelancong dari dalam negara mahupun luar negara untuk singgah ke Miri.

Lagi di sini cerita buat anda: