‘Macam Artis Internasional’, Netizen Teruja Dengar Nyanyian Lagu Inggeris Ini Diolah Dalam Bahasa Iban

14 Nov 2022 • 1:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bukan sahaja suara, gaya pun macam level-level international dah

‘Macam Artis Internasional’, Netizen Teruja Dengar Nyanyian Lagu Inggeris Ini Diolah Dalam Bahasa Iban. Menerusi halaman tiktok, tular satu video nyanyian daripada Vankelvin yang menyanyikan semula lagu ‘better me’ versi Iban. Lagu tersebut merupakan nyanyian asal oleh penyanyi luar negara iaitu Lexnour.

image is not available
‘Macam Artis Internasional’, Netizen Teruja Dengar Nyanyian Lagu Inggeris Ini Diolah Dalam Bahasa Iban. Sumber: Vankelvin

Semasa artikel ini ditulis, video nyanyian ‘better me’ versi Iban oleh Vankelvin itu telah mendapat sekitar 692 ribu tontonan dan 83 ribu tanda suka oleh pengguna tiktok.

Kreatif mengolah lirik dalam bahasa Iban

Nyanyian itu mula mendapat perhatian ramai apabila lirik lagu yang dinyanyikan oleh beliau diolah semula dalam bahasa Iban.

Menariknya, bukan sahaja netizen malah penyanyi asal lagu itu turut teruja dengan persembahan beliau sehingga Lexnour berkongsi semula nyanyian ‘cover’ itu ke akaun tiktoknya.

image is not available
Sumber: Vankelvin

Beliau sempat memuji Vankelvin dengan mengatakan ‘seorang lagi artis berbakat dari Malaysia’ menerusi kapsyen video beliau.

Selain lagu ‘better me’ ini, beliau juga banyak menyanyikan semula lagu-lagu Inggeris mahu pun lagu-lagu Melayu dalam versi Iban. Sangat kreatif dan menarik.

Terima pelbagai pujian daripada netizen

Nyanyiannya itu telah mendapat pelbagai respons positif daripada netizen.

Pastinya rata-rata memuji olahan lirik lagu bahasa Inggeris itu ke bahasa Iban. Bukan itu sahaja, ada juga segelintir komen daripada netizen mengatakan mereka kagum dengan nyanyian itu walaupun tidak memahami lirik lagu tersebut atas faktor perbezaan bahasa.

image is not available
Sumber: Vankelvin

Disebabkan nyanyian ‘cover’ itu hanya sekitar 1 minit sahaja, rata-rata netizen juga meminta beliau untuk menyanyikan semula lagu itu dalam versi penuh.

image is not available
Sumber: Vankelvin

image is not available
Sumber: Vankelvin

Tidak cukup dengan itu, ada juga pengguna tiktok menginspirasikan nyanyian lagu ‘better me’ dalam bahasa Iban itu dan berhasrat untuk menyanyikan lagu itu dalam bahasa Lun Bawang pula.

image is not available
Sumber: Vankelvin