"Jangan Lupa Makan, Jumpa Lagi" - Hael Tinggal Komen Manis Pada IG Pelakon Gay Thai Buat Netizen Cemburu!

1 Nov 2022 • 12:10 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Penyanyi dan penulis lagu terkenal negara, Hael Husaini menjadi bualan netizen sekali lagi. Kalau sebelum ni netizen teruja dengan "look" terbaru Hael yang seakan-akan Oppa Korea, kini netizen sekali lagi bergossip tentang komen yang ditinggalkan Hael pada akaun Instagram milik selebriti negara jiran.

image is not available

Selebriti yang berasal dari Thailand itu adalah seorang selebriti gay yang cukup terkenal, Gulf Kanawat. Disebabkan komen itu, Hael menjadi buah mulut netizen. Netizen seperti biasa memberi reaksi yang pelbagai. Ada yang cemburu lah, ada yang teruja namun ada juga yang buat spekulasi negatif.

Sebenarnya Hael Husaini berada di Jepun untuk satu acara dan pada acara tersebut terdapat ramai selebriti popular dari serata Asia.