“Macam baru je tengok biasa dia…” – Arrian Menyanyi Dengan Tomok Buat Netizen Throwback Video Viral Masa Bayi

Entertainment
16 Jul 2024 • 12:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kira-kira sekitar 10 tahun dahulu, anak sulung penyanyi Tomok iaitu Arrian pernah menjadi tumpuan netizen menerusi aplikasi Keek yang pernah trending kira-kira dalam tahun 2012 dan 2013 dahulu.

Ramai yang begitu adore dengan kecomelan Arrian sebelum munculnya Lara Alana dan Aaisyah Dhia Rana dahulu. Antara video yang membuatkan ramai cair adalah video usikan Tomok buat Arrian.

Untuk mengimbau semula zaman tersebut, korang boleh tengok video dekat bawah ni. Mesti korang akan teringat balik.

Video ini kembali tular setelah netizen kongsikan semula di X, ianya berikutan kemunculan Arrian di konsert New Boyz yang diadakan baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Arrian yang kini sudah besar panjang tampil menyanyikan lagu Tomok ketika masih aktif dengan kumpulan New Boyz dulu yang berjudul Hanya Tinggal Sejarah dan meraih sorakan gemuruh daripada penonton.

Selain ia membuatkan netizen mengimbau semula zaman Arrian ketika masih bayi, ramai yang kagum melihatnya yang kini sudah besar dan ada juga yang memuji Tomok yang dilihat seperti tidak dimamah usia.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Wehh, Keek ni zaman umur min awal 20-an, anak Tomok pun dah besar. Ahhhhhh rasa diri dah tua!

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article