“Macam Beli Gula-Gula Je..” – Dapat Hadiah 4 ‘Ketul’ Iphone 15, Datin Eina Azman Nak Beri Pada Peminat

Digital
27 Sep 2023 • 12:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita, Datin Seri Paduka Eina Azman baru-baru ini memaklumkan bahawa dia ada menerima kejutan istimewa daripada suami tersayang, Datuk Kaiser Gurmeet Harden.

Ujar Eina menerusi satu hantaran di TikTok, dia telah menerima 4 buah telefon bimbit Iphone 15 keluaran terbaru Apple.

Katanya, dia tidak menyangka bahawa dia akan menerima hadiah mewah tersebut kerana tidak pernah meminta untuk dibelikan telefon bimbit terbaru.

Masya-Allah sweetnya laki saya ini, saya tak pernah minta nak pakai Iphone terkini. Tapi suami saya ni memang, suka paksa saya tukar phone baru. Saya ni pakai Iphone 11 ke 12 pun saya okay saja.

Malah, suaminya juga telah membeli 4 buah telefon bimbit itu dan Eina memberitahu bahawa dia berniat untuk memberikan tiga unit lagi kepada peminat secara percuma.

Eina fikir suami beli satu biji Iphone 15, rupa-rupanya suami Eina beli empat Iphone 15.

Sekarang ada lebih tiga lagi Iphone 15, Eina tak tahu nak buat apa dengan Iphone 15, kalau Eina nak bagi korang percuma ada tak yang nak?

Sekadar info, harga bagi sebuah Iphone keluaran terbaru adalah sekitar RM6,000 sehingga RM9,000 mengikut spesifikasi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

"Di Tempat Tinggi Tu Maksudnya..." - Nabil Ahmad Minta Netizen Tak Salah Anggap Gurauan Terhadap Mamat Exist

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved