Suami Beri Hadiah Kuda Sempena Hari Jadi Intan Najwa Ke-26! Mampu Tak?

6 Sep 2023 • 3:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-26 tahun pada 18 Ogos lalu, pelakon Datin Intan Najuwa menerima hadiah istimewa daripada suaminya iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman.

 

Intan menerusi laman sosial miliknya berkongsi video memperlihatkan dia bersama seekor kuda diberi nama Trulala yang merupakan hadiah hari lahir daripada suami tercinta.

 

“Hadiah hari lahir yang paling terbaik daripada suami. Welcome to the fam bam, Trulala,” kongsi Intan.

 

Rata-rata netizen berasa teruja melihat hadiah tersebut dan menganggap Intan menjalani kehidupan seperti puteri dalam buku dongeng.

 

“Another level Intan ni. Hadiah birthday bagi kuda nyah love love love.

 

“Birthday aku 25 September ni harap husband aku nampak la post Intan ni. Dapat keychain kuda pun jadi la.

 

“Aku dah cakap, dia memang living in book world,” komen beberapa netizen.

 

Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos lalu.

 

@intannajuwaaa

The best birthday gift ever from Husband ?? Welcome to the fam bam, Trulala ?

♬ original sound - hello


image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved