“Macam bufet hotel!” – Cikgu ‘Review’ Menu Kantin Sekolah, Siap Buat Stesen Ikut Selera Pelajar!

Entertainment
23 Jul 2024 • 5:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biasa kita lihat makanan di kantin sekolah dihidang sama setiap hari seperti nasi goreng, nasi lemak, mi goreng dan lain-lain. Kadang-kadang tu, cikgu dan pelajar pun boleh jemu makan lauk yang sama sahaja.

Kantin hidang makanan macam bufet hotel?

Pun begitu, seorang cikgu menerusi TikTok @cikguctiey, telah memuat naik video dirinya review makanan yang dijual di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Menariknya, kesemua makanan itu dihidang seperti bufet hotel.

Bukan itu sahaja, kantin sekolah itu turut menyediakan beberapa buah stesen mengikut selera pelajar sekolah itu. Bagi mereka yang mahu makanan ala-ala western, ada stesen yang menjual sup cendawan bersama garlic bread, makaroni dan kebab.

image is not available
Sumber: tiktok

Ada juga stesen yang menghidangkan menu ayam Korea, ayam buttermilk dan buah-buahan yang pastinya menjadi kegemaran pelajar-pelajar sekolah tersebut. Kalau teringin nak makanan style Melayu, ada dijual nasi putih, ayam goreng mamak, ulam dan sambal belacan.

image is not available
Sumber: tiktok

Selain itu, setiap stesen tersebut juga ada pekerja yang akan mencedok setiap makanan yang dipesan dan harga untuk setiap menu sangat berpatutan untuk dibeli oleh para pelajar sekolah itu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen tertarik melihat setiap menu yang dijual di kantin sekolah tersebut. Mereka juga menyamakan cara hidangan di setiap stesen seperti bufet makanan di hotel.

image is not available

image is not available

Ada juga yang beranggapan cara sebegitu boleh membuatkan pelajar tidak bosan dan ibu bapa juga tidak risau dengan menu yang dijual di kantin.

image is not available

image is not available

Sedapnya tengok semua menu!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.