“Macam Dah Boleh Naikkan Duit ‘Grand Prize’ Tu“ – Shila Amzah Beri Komen Nilai Hadiah Wang Tunai AJL39

EntertainmentMusic
17 Feb 2025 • 3:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Shila Amzah berpendapat bahawa pihak penganjur sepatutnya menaikkan jumlah hadiah utama bagi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang diadakan di Axiata Arena.

Penyanyi yang pernah menjuarai AJL36 dengan lagu Pelukan Angkasa bersama kumpulan SOG itu berpendapat bahawa sekurang-kurangnya wang saguhati perlu disediakan untuk semua finalis selepas menyaksikan persembahan mereka di pentas AJL39.

image is not available

Sumber : KOSMO 

Berdasarkan jumlah artis dah berbelanjakan untuk pentas AJL kan, macam dah boleh naikkan duit grand prize tu.

 

Atau macam kena ada hadiah (duit) saguhati at least kepada semua finalis sebab semua spend tu.

image is not available

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di akaun X milik penyanyi itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan ramai berpendapat pihak penganjur seharusnya menambah jumlah wang hadiah utama agar bersesuaian dengan jumlah wang yang telah dihabiskan oleh finalis bagi menghasilkan persembahan yang terbaik di AJL.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available 3 days ago

"Bersihkan Foto Galeri, Banyak Gambar Ibu Tiri Yang Dulunya Sahabat Saya.." - Shila Amzah