“Macam Diorang Terpaling Masuk Syurga” – Kenyataan Alicia Amin Isu Tatu Undang Kecaman Netizen

EntertainmentOpinion
25 Mar 2026 • 10:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu tatu nampaknya masih belum reda apabila sekali lagi menjadi topik hangat di media sosial. Kali ini, kenyataan pempengaruh dan model terkenal, Alicia Amin pula mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian di Threads, Alicia Amin meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir netizen yang dilihat terlalu menghukum apabila bercakap tentang individu yang mempunyai tatu.

Kenyataan Alicia Amin dihentam netizen

Dalam masa sama, Alicia turut mempersoalkan kenapa isu tatu yang dianggap sebagai pilihan peribadi boleh menjadi bahan perdebatan besar di media sosial.

image is not available

Menurutnya, setiap individu mempunyai sebab tersendiri dalam membuat keputusan terhadap tubuh badan mereka dan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menghukum.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak diterima sepenuhnya oleh netizen. Ramai netizen merasakan isu tatu bukan sekadar pilihan peribadi, sebaliknya melibatkan sensitiviti tertentu.

image is not available
image is not available

Pssttt! Isu ini jelas menunjukkan betapa sensitifnya perbincangan berkaitan tatu, lebih-lebih lagi bila melibatkan pandangan agama dan nilai masyarakat. Apa pun, mungkin kita semua perlu lebih berhati-hati dalam memberi pendapat agar tidak mencetuskan perbalahan yang tidak perlu. Hormat pandangan orang lain, tapi dalam masa sama jaga sensitiviti bersama.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Macam Diorang Terpaling Masuk Syurga” – Kenyataan Alicia Amin Isu Tatu Undang Kecaman Netizen appeared first on Oh! Media.