“Tudung Singkat, Purdah Tutup Muka Je” – Penampilan Terkini Neelofa Undang Kecaman Netizen

EntertainmentLifestyle
24 Mar 2026 • 4:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perkongsian terbaru selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai di media sosial selepas memuat naik momen sambutan Hari Raya.

Namun kali ini, bukan busana atau suasana yang menjadi fokus utama, sebaliknya penampilan tudung yang digayakan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Kongsi momen raya, netizen tegur tudung makin singkat

Menerusi hantaran tersebut, Neelofa dilihat tampil dalam busana rona lembut dengan kapsyen, “A little more of Eid, before we let it go..”.

View on Threads

Walaupun tampil anggun, netizen mula mempersoalkan cara pemakaian tudung dan purdah yang disifatkan berbeza daripada kebiasaannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap penampilan tersebut.

image is not available

Ada juga yang meluahkan rasa kecewa dan mengaitkan imej Neelofa sebagai individu berpengaruh.

Dalam masa sama, terdapat juga netizen yang meminta orang ramai supaya tidak terlalu menghukum dan menjadikan situasi ini sebagai bahan kecaman berlebihan.

image is not available
image is not available

Pssttt! Bila melibatkan isu penampilan dan agama, ia memang sangat sensitif. Teguran itu penting, tapi cara penyampaian juga perlu dijaga. Dalam masa sama, kita semua masih dalam proses memperbaiki diri, jadi elakkan daripada terus menghukum.

Kredit: Thread Neelofa
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Tudung Singkat, Purdah Tutup Muka Je” – Penampilan Terkini Neelofa Undang Kecaman Netizen appeared first on Oh! Media.