“Macam food court” – Individu Dedah Ada Kenduri Kahwin Minta Tetamu Bayar Untuk Makanan?

Entertainment
31 Dec 2024 • 1:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malaysia kaya dengan adat dan budaya, malah setiap negeri mempunyai tradisi yang berbeza dan unik.

Pun begitu, baru-baru ini seorang individu di aplikasi X secara tanpa nama (anonymous) berkongsi pengalamannya di mana dia dan ibunya diminta untuk membayar makanan yang dihidangkan dalam satu majlis perkahwinan di Johor.

Individu itu berkongsi dia sangat terkejut dengan majlis tersebut dan tertanya-tanya adakah ini hanyalah sekadar trend atau tradisi di negeri selatan itu.

“Lepas tu, ni aku tengok pengantin merentan dekat IG story sebab orang complain majlis dia. Dia cakap tu semua untuk ganti rugi majlis dia berhidang pada orang, dalam masa sama dia bantu peniaga juga,” tulisnya.

Luahan menerusi akaun X @meingl itu menarik perhatian netizen, ada yang berkongsi pernah mengalami situasi sama dan rata-rata menganggap perkara itu sangat tidak normal.

image is not available

Hmm, first time dengar ni

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.