“Macam hidden hantaran orang Melayu buat time kawin”- Cara Kim Kardashian Balut Hadiah Krismas Tahun Ini Buat Ramai Terhibur

Entertainment
24 Dec 2023 • 10:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang tak kenal dengan selebriti popular dari Amerika Syarikat, Kim Kardashian dan keluarganya kan. Kali ini Kim telah menjadi perhatian ramai warganet termasuklah netizen negara kita gara-gara caranya membalut hadiah Krismas tahun ini.

image is not available

Menerusi Instagram Story Kim baru-baru ini, Kim telah berkongsikan hadiah-hadiahnya Krismasnya yang telah dibalut dengan fabrik kapas berwarna putih dari jenama pakaian Skims yang dimilikinya.

Namun, cara hadiah Krismas itu dibalut seakan sama pula seperti hidden hantaran yang sering menjadi pilihan pengantin Melayu pada masa kini.

image is not available

Kaedah balutannya itu telah menjadi perhatian bukan sahaja kerana ia menyerupai hidden hantaran kahwin orang Melayu, malah ia juga lain daripada yang lain sebab selalunya kalau kita tengok dalam filem Krismas dari Barat, mesti mereka akan balut hadiah ketika perayaan dengan menggunakan kertas pembalut hadiah berwarna merah atau hijau yang sinonim dengan Krismas.

Nampaknya trend hidden hantaran ni dah sampai ke AS la kan…

Sumber: Buzzfeed

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.