Macam Japan House Viewing, Asrama Cantik Dan Luas UTS Sibu Tular Di TikTok

3 Nov 2024 • 9:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bilik asrama UTS yang luas dan selesa tarik perhatian ramai

Macam Japan House Viewing, Asrama Cantik Dan Luas UTS Sibu Tular Di TikTok. Sebuah video TikTok yang memaparkan asrama Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Sibu kini tular, menarik perhatian ramai warganet dengan gaya biliknya yang cantik, luas, dan kelihatan seperti unit apartmen ala “Japan House Viewing.”

Video berkenaan memaparkan seorang pelajar UTS memberikan lawatan bilik asramanya yang kelihatan moden dan selesa, yang jarang dilihat di kebanyakan universiti awam lain.

image is not available
Macam Japan House Viewing, Asrama Cantik Dan Luas UTS Sibu Tular Di TikTok. Gambar tangkap layar dari TikTok

Bilik siap berpenghawa dingin!

Pelajar tersebut kemudiannya menunjukkan kemudahan di dalam biliknya seperti katil selesa, meja belajar yang luas, almari dan yang paling menarik siap ada penghawa dingin lagi!

Video tersebut telah mencuri tumpuan warganet di mana masing-masing memuji dan membandingkan asrama tersebut dengan asrama mereka sendiri yang sering dianggap kurang selesa.

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok

Netizen rata-ratamya teruja melihat bilik asrama

Beberapa komen memuji saiz besar bilik berkenaan, ada juga yang berkata bilik tersebut memang cantik dan ada juga yang berkata kalau bilik asrama begitu, ramai pelajar yang akan memohon duduk asrama Universiti dan ada pelbagai lagi reaksi teruja serta pujian ditinggalkan oleh pengguna TikTok, termasuk yang berharap agar lebih banyak institusi pendidikan tinggi menyediakan asrama berkualiti untuk keselesaan pelajar.

Video ini secara tidak langsung memberi perhatian positif kepada UTS sebagai universiti yang bukan sahaja menawarkan pendidikan berkualiti, tetapi juga mementingkan kebajikan dan keselesaan para pelajarnya.

Bagi mereka yang sedang mempertimbangkan universiti, kemudahan asrama yang baik ini pastinya menjadi salah satu tarikan utama.

Lagi artikel menarik untuk anda di sini: