Simple & Sopan, Penampilan Ameera Khan Raih Pujian Netizen - “Definisi Orang Kaya Tak Perlu Berpakaian Over..”

26 Oct 2024 • 11:43 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penampilan pempengaruh media sosial, Ameera Khan baru-baru ini berjaya mendapat perhatian ramai. 

Cantik & sopan

Menerusi satu perkongsian video yang dirakam oleh peminat di platform TikTok, dapat dilihat Ameera tampil berpakaian ‘simple’ mengenakan baju t-shirt di hadapan kedai minuman. 

Terpesona dengan kecantikan adik kepada selebriti Neelofa, pemilik hantaran tersebut menggelarkan Ameera seperti patung Barbie. 

“Nampak Barbie Doll dekat depan,” tulisnya.

 

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata- rata netizen turut memuji penampilan Ameera kerana dianggap cantik tanpa perlu memakai baju yang keterlaluan. 

“Bila saya cakap orang kaya tak perlu berpakaian macam orang kaya, inilah definisinya tak perlu over. Still nampak rich and classy!

“Lawa sangat, tak perlu makeup tebal.

“Dia ni aku jumpa memang jenis tak sombong cantik lagi.

“Pakai sopan simple tetap nampk cantik dan mahal,” komen beberapa netizen.