Macam Kedai Buku, Lelaki Ini Gemar Kumpul Alat Tulis Sehingga Kini Ada Ribuan Pensil Tekan!

Entertainment
24 Dec 2023 • 12:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki dari Korea Selatan yang dikenali sebagai Lee Sangmin telah menjadi perhatian warganet kerana hobinya yang gemar mengumpul alat tulis seperti pen dan pensil mekanikal atau pensil tekan.

Memetik laporan dari News Naver, lelaki berusia 59 tahun itu telah mengumpul alat tulis tersebut sejak 40 tahun lalu!

image is not available

Koleksi alat tulisnya memang sangat banyak sehingga tak terkira sebab kali terakhir dia kira jumlah alat tulis yang dimilikinya adalah pada lima tahun lalu.

Pada ketika itu, dia memiliki lebih kurang tiga ribu alat tulis dan 80 peratus daripada koleksi alat tulisnya ialah pensil tekan.

Difahamkan, Lee Sangmin gemar mengumpul alat tulis ini kerana hobinya yang suka menulis.

Jadi, dia berasa puas hati jika dapat menulis dengan menggunakan pen atau pensil yang bagus.

image is not available

Paling menakjubkan, dia juga memiliki alat tulis dari jenama maal seperti Cartier dan Dunhill.

Disebabkan minatnya terhadap alat tulis, difahamkan juga, dia mampu mengecam jenama pen yang digunakan oleh pelakon dalam drama-drama Korea walaupun hanya nampak dari sisi. Fuh hebat!

Memang dah maca m kedai buku dia punya koleksi pen dan pensil ni!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article