
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat mereka yang menceburi dunia perniagaan, masing-masing mempunyai cara kreatif tersendiri dalam memasarkan produk.
Ini kerana kebiasaannya bukan mereka sahaja yang menjual produk berkenaan malah terdapat peniaga lain yang turut menjual barang yang sama.
Contohnya seperti makanan, selain dari segi rasa dan harga, apa yang membezakan adalah cara penyampaian produk kepada pelanggan dan perkhidmatan yang diberikan.
Wanita Kongsi Pengalaman Pergi Kedai Coklat Tempatan Tapi Vibe Ala Kedai Barangan Mewah
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah kedai coklat tempatan yang menjual manisan berasaskan coklat.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @puterichantique, pengguna berkenaan memaklumkan suasana serta vibe kedai manisan tersebut sama seperti masuk ke kedai aksesori mewah.
“Masuk kedai Hi Rabbit macam masuk kedai mewahlah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah, pengguna itu turut menyamakan kedai milik pengusaha tempatan itu seperti kedai barangan kemas seperti Habib Jewels.
Pekerja Siap Pakai Blazer, Coklat Tersusun Rapi
Manakan tidak, menerusi perkongsian video di akaun TikToknya, dapat dilihat pekerja bahagian hadapan yang melayan pelanggan berpakaian kemas siap dengan blazer dan tali leher seperti kebanyakan pekerja di kedai barangan mewah.
Malah, setiap coklat pula tersusun rapi berserta dengan label sama seperti susunan di kebanyakan kedai barangan kemas yang lain.
@puterichantique Masok kedai @Auntie Ja Suka Dessert ♬ Kita Usahakan Lagi – Batas Senja
Tonton video penuh [DI SINI]
Bungkusan Pun Nampak Premium!
Bukan itu sahaja, bungkusan yang dibuat istimewa buat pelanggan juga turut kelihatan premium seakan-akan seperti membeli barangan aksesori mewah yang berharga ribuan ringgit.
Melalui perkongsian berasingan, dapat dilihat setiap coklat yang dibeli akan dibalut menggunakan kotak berwarna magenta siap dengan perhiasan seperti reben.
Tidak hairanlah jika wanita ini menyamakan kedai berkenaan dengan kedai aksesori barangan mewah.
@puterichantique Beli semua terus sebab penin yang mana sedap #dissert #sukadessert #hirabbit #hirabbitsukadessert ♬ KENA BUAT KONTEN – CIKPAH CaKe
Tonton video penuh [DI SINI]
Wanita Turut Berkongsi Senarai Harga & Puji Kesedapan Coklat
Malah, dia turut berkongsikan harga bagi setiap coklat yang dijual menerusi hantaran di TikTok miliknya.
“4 biji (pieces) RM25, 9 biji RM48. Dapat kotak yang cantik. Very the premium. Lepas tu semua sedap. Serius, saya tak tipu korang,” tulisnya di video berkenaan.
Ni paling i tak boleh move on mmg sedapp koranggg 😍
Tonton video penuh [DI SINI]
Selain itu, wanita berkenaan juga berkongsikan harga produk lain seperti Chocolate Panning yang dijual mengikut berat berdasarkan permintaan pelanggan.
“100 gram (g) RM24, 200g RM34, 300g RM69.90. 300g termasuk tin segi empat. Kalau upgrade ke tin, kena tambah RM7,” kongsinya lagi.
Difahamkan, kedai coklat, HiRabbit itu adalah milik usahawan manisan terkenal, Suka Dessert iaitu Siti Hajar Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Aunty Ja.
Here the price Chocolate Panning can mix flavour 😍 Dapat tak korang ? #dissert #sukadessert #hirabbit
Ramai Puji Lihat Kekemasan Kedai Coklat Tempatan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.6 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan memuji kedai coklat milik pengusaha tempatan itu yang dilihat eksklusif seolah-olah seperti kedai barangan mewah.
Bukan itu sahaja, ada segelintir pengguna media sosial yang pernah mengunjungi premis terbabit turut mengakui dan menganggap harga coklat amat berbaloi dan kena dengan citarasa.
Malah, ada yang menyuarakan hasrat mahu mengunjungi kedai berkenaan yang jika ada kesempatan.
Info Mengenai Hi Rabbit
Alamat: 01-12, residensi 280, Lebuhraya Selayang – Kepong, 68100 Selayang, Selangor.
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Selasa bermula jam 11 pagi sehingga 8 malam
Peta lokasi:
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Haa Habib! Aku Dok Fikir Bila Tengok Hi Rabbit Ini Teringat Masuk Kedai Apa, Kotak Dia Lebih Kurang Sama”

“Well Done Hi Rabbit! Aunty Ja Bawa Nilai Coklat Pada Level Tersendiri”

“Ingatkan Habib Tadi”

“9 Pieces RM48 Memang Berbaloi Sangat, Dari Support Brand Luar Baik Support Local”

“Nampak Macam Masuk Butik LV Sangat Tau Pakaian Dia”

Baca Artikel Berkaitan: SST Buah Import: MBG Tetap Mahu Jual Harga Mampu Dibeli Dengan Kualiti Yang Premium
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Ada Putih” – Wanita Review Kek Coklat Moist ‘Premium’ RM39 Undang Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tak Sangka! Gudang Perabot Jual Barang ‘Premium Secondhand’ Dengan Harga Tak Masuk Akal
Source:

![Wanita Kecewa Kawan Baik ‘Judge’ Kerja Kilang, Ramai Tampil Beri Sokongan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

![TikToker Tegur Sikap Segelintir Ibu Bapa, Biar Anak Tak Pergi Sekolah Hanya Sebab Bangun Lambat Cetus Perdebatan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)