“Tolong Hormat Nama Keluarga Saya” – Evertts Gomes Tegur Kesalahan Ejaan Berulang

LocalEntertainment
24 Sep 2026 • 1:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon drama KUDRAT 1968: High Council, Evertts Gomes, tampil memberi teguran terbuka kepada individu yang kerap melakukan kesalahan ketika mengeja nama keluarganya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Evertts atau nama penuhnya Evertts McClane Gomes, 28, menjelaskan bahawa namanya mempunyai huruf S dan bukannya Z.

Advertisement
View this post on Instagram

Malah, dia turut menegaskan namanya mempunyai dua huruf T, iaitu Evertts, manakala Gomes merupakan nama keluarga atau surname.

“Nama saya Evertts Gomes. Nama saya tiada huruf Z. Nama saya ada dua huruf T. Nama Gomes itu adalah nama keluarga atau surname,” tulisnya.

Evertts yang membawa watak Tunku Ghafar dalam naskhah berkenaan berkata, dia tidak kisah sekiranya ada individu yang tersalah eja namanya.

Bagaimanapun, dia berharap orang ramai dapat memberikan perhatian khusus terhadap ejaan nama keluarganya dan tidak mengubahnya.

“Salah eja nama berkali-kali itu tidak mengapa tetapi tolong hormat nama keluarga saya. Tolong eja betul-betul,” jelasnya.

Dalam pada itu, ramai juga peminat Evertts tertanya-tanya mengenai agama yang dianutinya. Sekadar info, aktor ini mempunyai darah kacukan Cina, Kadazan dan Portugis selain cucu kepada Cyril Jones Christopher Gomes yang mendapat jolokan penyamar ‘Elvis Presley Sabah’.

View this post on Instagram

Untuk info, KUDRAT 1968: High Council merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar.

Naskhah tersebut turut menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Selain Evertts, drama arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu turut dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

KUDRAT 1968: High Council mula menemui peminat pada 11 September.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Tolong Hormat Nama Keluarga Saya” – Evertts Gomes Tegur Kesalahan Ejaan Berulang2026-09-24 11:27:49

"Sikit Sikit Pergi Memancing, Main Bola, Isteri Jaga Anak Dekat Rumah" - Zara Zya Tegur Suami Yang ‘Lupa Dunia’

The post “Tolong Hormat Nama Keluarga Saya” – Evertts Gomes Tegur Kesalahan Ejaan Berulang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved