“Macam-macam perisa pelik”- Lepas Kopi Cili, Kopi Daun Bawang Pula Jadi ‘Trending’ Di China

Entertainment
4 May 2024 • 3:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika sebelum ini kami pernah kongsikan tentang kopi yang dicampur dengan cili di China, kali ini kami nak kongsikan pula kopi berperisa pelik juga dari negara China iaitu kopi yang dicampur dengan daun bawang.

Menurut laman web Must Share News, kopi tersebut dinamakan sebagai ‘Scallion Latte’ dan meskipun kombinasi kedua–dua bahan itu pelik, namun kopi daun bawang itu tetap menjadi trending di negara itu kerana ada ramai juga peminat kopi yang mencubanya.

image is not available

Dapat dilihat dalam video-videp yang tular di media sosial bahawa daun bawang yang dipotong halus telah dicampurkan ke dalam kopi.

Bukan itu sahaja, difahamkan, potongan daun bawang juga turut dijadikan hiasan atau topping minuman tersebut.

Meskipun trending di media sosial negara itu, namun ada juga netizen mereka yang mempersoalkan kopi daun bawang itu kerana mereka tidak pasti bahawa kombinasi itu sesuai diminum bersama.

image is not available

Difahamkan, di China sekarang, memang ada trend makanan pelik yang dinamakan sebagai hei an liao li di mana makanan atau minuman akan dicampurkan dengan bahan yang tak pernah dibuat orang sebelum ini seperti kopi daun bawang ini.

Tambahan pula, ini bukanlah kali pertama kombinasi seperti ini dibuat oleh kafe atau kedai kopi kerana sebelum ini juga telah wujudnya kopi yang dicampur dengan nasi, latte kicap soya, kopi yang dicampur dengan kuah daging dan sebagainya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.