Macam-Macam Rupa, Kenali 4 Jenis Bahagian Perut Lembu

FoodCooking
28 May 2026 • 2:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Macam-Macam Rupa, Kenali 4 Jenis Bahagian Perut Lembu

Macam-Macam Rupa, Kenali 4 Jenis Bahagian Perut Lembu

Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan utama bagi mereka yang beragama Islam.

Selain itu, ibadah korban juga merupakan amalan yang sangat dituntut dalam agama Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Setelah selesai melakukan ibadah korban, daging yang siap dilapah akan diagihkan kepada golongan fakir miskin dan penduduk setempat.

Di sebalik agihan daging tersebut, proses melapah turut memperlihatkan pelbagai bahagian haiwan korban, termasuk organ dalaman seperti perut yang mempunyai struktur dan bentuk yang berbeza-beza.

Keadaan ini bukan sahaja menunjukkan kepelbagaian ciptaan Allah SWT, malah menjadi pengalaman yang memberi kefahaman lebih mendalam tentang proses penyembelihan dan pengurusan ibadah korban.

Ikuti perkongsian SK di bawah.

Kenali 4 Jenis Bahagian Perut Lembu

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @haziqiqbl dan Facebook @LRT Agro Trading terdapat empat bahagian perut lembu yang mempunyai struktur dan bentuk yang berbeza-beza.

Menurut perkongsian tersebut, setiap bahagian perut lembu ini mempunyai nama saintifik serta panggilan tersendiri yang digunakan untuk membezakan fungsi dan strukturnya.

Rumen (Babat/ Perut Bulat)

Dalam sistem perut lembu, babat merupakan bahagian yang paling besar.

Bahagian ini merupakan yang terbesar dan berfungsi seperti “tangki fermentasi” semula jadi.

Image from: Macam-Macam Rupa, Kenali 4 Jenis Bahagian Perut Lembu
Kredit: Threads @haziqiqbl

Di dalamnya, berbilion mikroorganisma bekerja memecahkan rumput, serat dan makanan kepada nutrien yang mudah diserap serta digunakan oleh tubuh lembu.

Teksturnya menjadi lembut apabila dimasak dalam tempoh yang lama, menjadikannya pilihan popular dalam pelbagai hidangan.

Bagi penggemar masakan berkuah seperti sup, gulai atau perut air asam, babat sering menjadi antara bahan utama yang memberikan rasa dan keenakan tersendiri.

Reticulum (Perut Sarang)

Nama bahagian ini diambil daripada coraknya yang menyerupai sarang lebah.

Image from: Macam-Macam Rupa, Kenali 4 Jenis Bahagian Perut Lembu
Kredit: Threads @haziqiqbl

Ia membantu membentuk gumpalan makanan separuh hadam supaya lembu boleh mengunyah semula makanan tersebut untuk proses pencernaan yang lebih baik.

Teksturnya sedikit lebih kenyal, namun tetap digemari ramai kerana keupayaannya menyerap kuah dengan baik. Apabila dimasak dengan cara yang betul, rasanya menjadi lebih enak dan membuka selera.

Omasum (Perut Kitab)

Image from: Macam-Macam Rupa, Kenali 4 Jenis Bahagian Perut Lembu
Kredit: Threads @haziqiqbl

Dipanggil “perut kitab” kerana rupanya yang berlapis-lapis seperti helaian buku.

Bahagian ini berperanan penting dalam menyerap air serta nutrien daripada makanan yang telah melalui proses pencernaan, sebelum ia diserap sepenuhnya oleh tubuh lembu.

Abomasum (Perut Sejati/Perut Masam)

Dikenali sebagai “perut sebenar”, bahagian ini berfungsi sebagai tempat utama pencernaan berlaku, di mana asid dan enzim membantu memecahkan makanan.

Image from: Macam-Macam Rupa, Kenali 4 Jenis Bahagian Perut Lembu
Kredit: Threads @haziqiqbl

Fungsinya hampir sama seperti perut manusia, menjadikannya antara komponen penting dalam sistem pencernaan lembu.

Oleh kerana lembu sangat bergantung kepada mikroorganisma dalam rumen untuk pencernaan, pemberian nutrisi yang seimbang adalah sangat penting.

Lembu yang sihat memerlukan keseimbangan nutrisi seperti serat, tenaga, protein dan mineral untuk pertumbuhan yang lebih baik serta kesihatan ternakan yang lebih kuat.

Baca juga: