“Macam makcik2 nk visit sedara” – Menteri Kesihatan Buat ‘Undercover’, Lawat HTAR Senyap-senyap

29 Dec 2022 • 2:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah dipuji atas sikapnya yang sering turung padang dan membuat ‘undercover’ untuk melihat sendiri masalah sistem pengangkutan negara.

Kali ini, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa nampaknya mengambil langkah yang serupa apabila dia dakwa dillihat ‘senyap-senyap’ melawat ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

“Siapa je perasan kalau datang mengejut macam pesakit jugak?”

Menerusi perkongsian Twitter @ansaleya, dia mendakwa telah terlihat kelibat Dr Zaliha di HTAR sedang berbicara dengan beberapa orang pesakit di sana pada malam semalam.

Menurutnya, kehadiran menteri berkenaan tidak disedari sesiapa kerana dia dilihat bersahaja dan tanpa diiringi mana-mana staf kesihatan.

Siapa je perasan kalau datang mengejut macam pesakit jugak? Patut la dia macam tannya beberapa orang. Macam takde pun orang sedar tu menteri kesihatan,” katanya.

“Setuju sangat menteri kita sendiri jenguk turun macam ni”

Posting berkenaan mendapat pujian netizen yang mana berharap lebih ramai lagi menteri turun padang untuk melihat sendiri masalah yang dialami rakyat.

image is not available

Benda yang baik harus kita puji. Harap YB boleh melawat pula situasi di klinik kesihatan dan lain-lain.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.