“Macam mana boleh jatuh?” – Netizen Bingung Tengok Kerbau Terlentang Dalam Longkang

Entertainment
24 Jun 2023 • 5:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memelihara haiwan ternakan bersaiz besar memang menguji mental dan fizikal. Kadang-kadang kalau lembu atau kerbau yang dibela tu terlepas dari kandang atau berkeliaran boleh buat susah hati.

Kalau dah cari tapi tetap tak jumpa pun susah hati. Ye lah kan, seekor haiwan ternakan yang besar tu berapa ribu pulak kalau dah capai umur matang.

Cakap pasal haiwan ternakan yang berkeliaran, min nak share dengan korang satu video dimana seekor kerbau ‘menyorok’ dan ditemui terlentang dalam sebuah longkang.

Korang mesti pelik kan macam mana kerbau yang besar tu boleh masuk dalam longkang.

Untuk korang yang tak boleh imagine, korang kena tengok video @nabil_zainudin di bawah.

 

Macam mana boleh jatuh?

Masih menjadi misteri, macam mana kerbau sebesar itu boleh jatuh dalam longkang. Kalau tengokkan longkang tu, tak ada lah besar mana.

Min rasa kerbau tu tergolek kot. Sebab tu terlentang macam tu. Kalau kerbau tu lompat masuk longkang, mesti kaki dia kat bawah. Korang rasa macam mana?

image is not availableKesian tengok kerbau tu terlentang dalam longkang. Cik Bau ni kalau nak healing pun, longkang tu macam tak sesuai. Kena cari port healing baru yang ngam sikit lepas ni.

image is not availableMin rasa dia accident sampai masuk longkang tu. Nak kata dia saja-saja menyorok macam tu tak logik sebab dia dah terlentang kan.

image is not availableMin tengok kerbau dalam longkang tu pun kesian. Muka macam nak nangis sebab tak boleh keluar. Kesian member panik dalam longkang sorang-sorang.

image is not availableAwal sangat kalau nak menyorok pun. Kan dah kantoi. Nasib baik ada orang jumpa, kalau air longkang naik mahu lemas gak kerbau tu dalam longkang.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.