"Macam Mana Boleh Lulus?" Jiran Buat Renovasi Rumah Sampai Memusnahkan Kediaman Lelaki Ini!

9 Jun 2022 • 4:06 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Setiap insan mesti mengimpikan untuk memilik satu rumah impian. Lebih-lebih lagi rumah landed di kawasan lembah Klang ni mahal! Ralat sungguh rasanya bila rumah impian kita musnah akibat tindakan orang lain.

Viral di TikTok @rakeshbathumalai telah berkongsi sebuah video dimana meluahkan rasa kecewa apabila jirannya menambah binaan sehingga struktur rumahnya terjejas di Klang.

@rakeshbathumalai MPK rasuah, hancurkan rumah saya. dengan kelulusan yang diberi tampa usul periksa dengan betul. #fypシ゚viral ♬ original sound - rakeshbathumalai

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kawasan rumah tersebut adalah rumah teres 1 tingkat tetapi jirannya telah menambah binaan menjadikan rumah teres 2 tingkat.

Menurut Rakesh, pihak Majlis Perbandaran Klang ke rumahnya dan menandakan keretakan dan kerosakan di rumahnya tetapi masih tiada tindakan lanjut sehingga sekarang.

Malah, Rakesh juga berasa pelik bagaimana pihak berkuasa boleh meluluskan pembinaan tambahan jirannya tanpa mengambil faktor risiko yang boleh berlaku apabila binaan siap.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa berang dengan tindakan jiran kepada pemilik rumah tersebut yang telah ‘memusnahkan’ rumah yang didiami sejak lebih 30 tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved