“Macam mana boleh terlepas?” – Netizen Bengang Wartawan Israel Menyelinap Masuk Mekah

Entertainment
20 Jul 2022 • 4:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai umat Islam yang sudah pulang ke tanah air selepas menunaikan rukun Islam kelima iaitu ibadah Haji, baru-baru ini.

Walaupun ramai yang berkongsi pengalaman mereka ketika berada di tanah suci itu, timbul sebuah berita yang kedengaran kurang enak dan mendapat perhatian netizen.

Seorang wartawan berita Israel menyelinap masuk ke kota suci Mekah dan merakamkan dirinya sedang tersenyum ketika dia melalui tapak keagamaan yang dikhaskan untuk orang Islam di Arab Saudi itu.

Gil Tamary merupakan wartawan berita untuk Channel 13 Israel itu mengambil video dirinya menyeberang ke kota suci dan menunjuk Masjidil Haram, seperti yang dapat dilihat dalam rakaman video yang disiarkan dalam saluran itu.

Rakaman itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen kerana orang bukan Islam secara tradisinya dilarang memasuki Mekah dan Madinah seperti yang ditetapkan dalam Al-Quran.

“Itu saya, dan itulah masjid suci…saya berada di sini di Mekah,” kata Tamari sambil merakamkan dirinya di dalam kereta dan wajah pemandu di sebelahnya dikaburkan.

“Macam mana boleh terlepas?”

Footage tersebut sampai ke pengetahuan netizen Malaysia dan sudah pastinya ramai yang mempersoalkan bagaimana wartawan tersebut boleh terlepas ke tanah suci.

image is not available

Hmm, macam mana boleh lepas ye?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.