
Baru-baru ini, tular di media sosial satu hantaran yang memaparkan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz A200 yang ditarik dan sedang dilelong.
Menerusi hantaran tular di laman Facebook itu, kelihatan kereta yang berwarna kuning itu mempunyai pelekat jenama pakaian tempatan terkenal, Choii.
Susulan itu, ia telah mendapat perhatian ramai orang yang mempersoal bagaimana kenderaan jenama Eropah itu boleh ditarik, sedangkan syarikat pakaian berkenaan sering memberi hadiah cabutan bertuah yang lumayan.

Faris tampil beri penjelesan, akui kereta memang ditarik
Cakna dengan perkara itu, pengasasnya, Faris Azri tampil menjelaskan tentang perkara sebenar yang berlaku.
Dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Faris mengakui bahawa kenderaan itu semenangnya telah ditarik dan ingin dilelong.
“Sebetul-betulnya memang kereta ini dah nak dilelong pun sebenarnya, saya tak suka nak pusing-pusing cerita, saya cerita terus lah.
“Kereta saya yang lain semua bayar ‘cash’, kecuali kereta ini (Mercedes Benz A200) dan Toyota Alphard,” katannya.
Kereta dibayar secara auto debit melalui akaun bank syarikat
Jelasnya, kereta terbabit dibayar setiap bulan secara auto debit, namun baru-baru ini akaun syarikat miliknya telah disekat oleh pihak bank kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram.
“Sekarang ini akaun syarikat saya kena ‘suspended’ sebab duit masuk dari Singapura, pihak bank hubungi saya tapi saya tak angkat sebab saya ada event, bila saya tak angkat jadi bank ingat ‘money laundering’ macam tu, jadi dia sekat akaun saya,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, dia telah membuat rayuan kepada pihak bank itu berhubung sekatan terhadap akaun syarikatnya. Namun, rayuan tersebut mengambil masa kira-kira enam bulan.
Tunggu rayuan agar akaun syarikat tidak disekat, terlupa tentang bayaran kereta
Ujar Faris, dalam tempoh menunggu rayuan berkenaan, dia telah terlupa tentang ansuran kenderaannya itu memandangkan kereta itu sebelum ini dibayar secara auto debit.
“Jadi setiap bulan kita dah tak fikir pasal kereta, kita buat tak tahu sahaja pasal kereta sebab kita tahu dia akan potong secara sendiri tiap-tiap bulan,” katanya.
Berkongsi lanjut, Faris berkata setelah keretanya itu ditarik, dia memang bercadang untuk mengambilnya terus dengan melangsaikan segala tunggakan, namun disebabkan kesibukan kerja, dia terpaksa menangguh perkara itu sehinggalah keretanya ingin dilelong.
Selepas mengetahui tentang perkara itu, dia dengan segera melangsaikan tunggakan yang ada dan terus mengambil kereta milik isterinya itu semula.
betul ke kereta choii kena lelong ?
Source:



