Tular kereta dilelong, Choii akui Mercedes Benz ditarik, perjelas isu sebenar

10 Oct 2024 • 6:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial, Choii akui Mercedes Benz ditarik seperti mana tular di media sosial sejak semalam sehingga menarik perhatian ramai.

Choii atau nama sebenar Faris Azri tampil memberi penjelasan berhubung hantaran tular dimuat naik seorang pengguna Facebook mengenai status kereta mewah miliknya.

image is not available

Choii akui Mercedes Benz ditarik

Faris berkata, dia akui kereta tersebut sememangnya ditarik dan ingin dilelongkan seperti mana dikatakan hantaran tular.

Bagaimanapun, semuanya disebabkan kenderaan tersebut mempunyai sedikit masalah ketika dibayar kerana akaun syarikat miliknya telah disekat oleh pihak bank kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram.

“Sebetul-betulnya memang kereta ini dah nak dilelong pun sebenarnya, saya tak suka nak pusing-pusing cerita, saya cerita terus lah.
“Kereta saya yang lain semua bayar ‘cash’, kecuali kereta ini (Mercedes Benz A200) dan Toyota Alphard.
“Sekarang ini akaun syarikat saya kena ‘suspended’ sebab duit masuk dari Singapura, pihak bank hubungi saya tapi saya tak angkat sebab saya ada event, bila saya tak angkat jadi bank ingat ‘money laundering’ macam tu, jadi dia sekat akaun saya,” katanya.

image is not available

Rayuan dibuat tapi ambil masa enam bulan

Jelasnya, dia telah telah pun membuat rayuan kepada pihak bank berhubung sekatam terhadap akaun syarikat, namun ia mengambil masa kira-kira enam bulan.

Pun begitu, dalam tempoh rayuan berkenaan dia telah terlupa mengenai ansurans kenderaannya memandangkan sebelum ini dibayar secara auto debit.

“Jadi setiap bulan kita dah tak fikir pasal kereta, kita buat tak tahu sahaja pasal kereta sebab kita tahu dia akan potong secara sendiri tiap-tiap bulan,” katanya lagi.

image is not available

@farisazrii_

betul ke kereta choii kena lelong ?

♬ original sound - farisazrii_ - farisazrii_

Tambah Faris, dia kini sudah melangsaikan tunggakan dan telah mengambil kereta milik isterinya itu semula

Sumber: TikTok farisazrii_, FB Ishaq Marazi