“Macam mana nak membuang ni?”- Reka Bentuk Tandas Condong Ini Buat Ramai Pening

Entertainment
21 Jan 2023 • 1:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rumah terbalik atau lebih dikenali sebagai Upside Down House sememangnya dibina sebagai tempat pelancongan untuk menarik pelawat. Dekat KL dan Melaka pun ada rumah terbalik kan.

Namun, reka bentuk tandas awam di sebuah kawasan rekreasi dipercayai di Indonesia ini pula lebih unik kerana ianya dibina condong atau senget.

Video tandas awam tersebut telah tular di platform media sosial selepas dimuat naik di TikTok sebelum dikongsikan semula di Twitter semalam.

Dalam video TikTok yang berdurasi 15 saat itu, dapat dilihat terdapat tiga buah tandas yang dibina condong di kawasan tangga di sebuah kawasan air terjun.

image is not available

Mesti ramai antara korang yang tertanya-tanya macam mana orang nak membuang hajat kalau tandasnya condong kan.

Ha, jangan risau, nampaknya yang condong itu hanyalah bahagian luaran tandas sahaja, bahagian dalamannya tetap boleh digunakan macam tandas biasa kot.

Dapat dilihat seorang kanak-kanak perempuan keluar dari tandas tersebut, jadi berkemungkinan besar tandas senget ini bukanlah suntingan video semata-mata.

image is not available

Ramai warganet yang kata mereka pening lihat tandas condong ini, dah macam ilusi mata dah kan!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved