“Macam mana negara nak maju” – Kaunter Kerajaan Dibuka, Tapi Tiada Orang Jaga

Entertainment
11 Oct 2023 • 5:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara skeptikal yang paling familiar dalam sektor awam adalah sikap kakitangan yang sambil lewa dan terlebih santai berbanding mereka yang bekerja waktu pejabat seperti biasa.

Mungkin perkara ini yang dirasai oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Mimie Baizura ketika berada di kaunter Jabatan Perlesenan & Pembangunan Perniagaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan kaunter begitu banyak dan ada yang telah dibuka namun tiada seorang pun yang jaga. Dalam masa yang sama dilihat ada beberapa individu yang sedang menunggu.

Dalam video yang telah meraih lebih daripada 200K jumlah tontonan ini, ia telah mengundang pelbagai komen sarkastik netizen berkenaan dengan sikap typical buat mereka yang bekerja dalam sektor awam.

image is not available image is not available

Hurm, diaorang pergi toilet kejap kot, kita husnuzon je.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article