“Saya yakin akan bebas” – Berat Badan Menyusut, Eda Ezrin Faham Bahasa Thai Dalam Penjara Narathiwat

Entertainment
28 Feb 2025 • 2:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hampir empat bulan ditahan di Penjara Wilayah Narathiwat atas kesalahan dadah, penyanyi Eda Ezrin kongsi berat badan semakin menyusut dan sudah boleh faham bahasa Thailand.

Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail juga berkongsi dia tidak lena tidur setiap kali memikirkan hari keputusan perbicaraan pada 6 Mac ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Bey Soba Bey itu juga berkongsi dia dapat memperbanyakkan amal ibadat sepanjang berada di dalam tahanan.

“Di sini saya banyak menghabiskan masa mengaji al-Quran, belajar agama dan melakukan beberapa aktiviti lain yang disediakan.

Alhamdulillah, semuanya baik-baik di sini, banyak buat amal. Saya anggap apa yang berlaku ini adalah teguran daripada Allah, mungkin sebelum ini banyak lalai,” katanya.

Menurut laporan Astro AWANI, Eda meletakkan keyakinan 90 peratus keputusan pada 6 Mac ini akan berpihak kepadanya.

Ketika ditanya mengenai projek lagu Bea Sobar Bea Raya yang diganti dengan artis wanita lain, Eda Ezrin berkata dia tidak berkecil hati dengan perkara tersebut.

Sebaliknya dia berpendapat, penggantian itu diharap dapat membuka rezeki kepada rakan artis lain yang turut sama bergiat dalam industri lagu-lagu dialek Kelantan.

Eda Ezrin juga berharap penggantian itu dapat membuka rezeki kepada rakan artis lain yang turut sama bergiat dalam industri lagu-lagu dialek Kelantan.

Sumber: Astro AWANI (1)(2)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.