“Macam Mula Bercinta” - Bakal Rujuk, Netizen Berbunga Hati Tengok Diana & Farid Kembali Bersatu

17 Sep 2023 • 9:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Dianelle kembali mengejutkan peminat apabila muncul bersama buat pertama kali dalam sebuah majlis beberapa hari lalu, selepas masing-masing sah bercerai pada 10 Ogos lalu.

Kemudian, pasangan tersebut kembali menuai perhatian netizen dengan menghadiri acara hiburan Karnival Mega Suria yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Menerusi laporan media, mereka mengakui bakal kembali bersama dan akan hadir ke mahkamah bagi tujuan rujuk semula.

Sungguhpun merancang untuk menyelesaikan hal itu secepat mungkin, namun, Diana menegaskan yang mereka tidak berada dalam fasa tergesa-gesa kerana semuanya perlu berjalan mengikut proses yang ditetapkan.

Tambah Diana lagi, mereka tidak pernah berhenti berdoa, selain tidak tahu yang ini merupakan pengakhirannya kerana setiap hal telah ditentukan oleh Allah SWT.

Meninjau hantaran yang dihantar oleh pengguna media sosial di platform X, rata-rata memberikan respons positif terhadap Diana dan Farid.

image is not available

Terdahulu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor selepas 11 tahun usia perkahwinan. Proses perceraian dijalankan menerusi aplikasi Google Meet.

BACA: Diana Danielle & Farid Kamil Rujuk Semula? - “Ia Merupakan Satu Nikmat Juga….”

BACA: "Perit Hilang Orang Yang Dicintai" - Bersama Dengan Rindu Lagu Patah Hati Diana Danielle?​

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved