“Macam nak pergi konsert Man Laksa je” – Ada Orang Jual Tiket Konsert Coldplay RM60 Untuk Front Seat

Entertainment
11 May 2023 • 6:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available
IMG 7931

Umumnya tahu, band antarabangsa kegilaan ramai Coldplay bakal menggegar Malaysia pada November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pastinya ramai yang menunggu dan bersedia untuk menempah tiket.

Semestinya, apabila artis luar negara datang ke Malaysia ini harganya agak tinggi berbanding dengan artis tempatan, kalau artis Malaysia pun dah cecah ratusan ringgit, apatah lagi Coldplay yang bukan calang-calang penghibur ni, memang mustahil tempat duduk depan dijual harga RM60!

Nampak benor menipunye!

Netizen ‘excited’ tengok harga tiket RM 60!

Ini kerana ada individu menjual dengan harga tersebut! Ianya didedahkan di Twitter. Dalam iklan itu, harga yang ditawarkan untuk tempat duduk depan, manakala untuk kanak-kanak sebanyak RM30 dan kerusi belakang RM50. Malah, siap ada promosi beli 5 tiket dapat percuma 2 tiket!

Sudah pastinya orang kita yang dah mula peka pasal hal-hal scammer ini sudah tahu ianya menipu.

Bagaimanapun mereka ‘layankan’ tawaran tersebut dengan memberikan komen sarkastik bahawa mereka teruja untuk membeli tiket tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Untuk maklumat yang sahih, harga untuk tiket konsert Coldplay ini paling murah pun RM288! Paling mahal pula bernilai RM 3,088!

Hurm, rasanya kalau harga RM60 tu, dapat duduk kat mana ya? Showcase pun belum tentu dapat!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.