“Macam nampak hantu” – Lelaki Diserang Isteri Di Airport, Kantoi Bercuti Dengan Perempuan Lain

Entertainment
18 Dec 2023 • 12:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu pasangan kantoi curang pada zaman sekarang boleh dikatakan sering berlaku hingga membuatkan sesetengah daripada kita berasa trauma dan sangat berhati-hati dengan pasangan masing-masing.

Baru-baru ini, tular di Instagram Singapore Incidents memaparkan seorang lelaki telah kantoi bercuti dengan wanita lain dan perkara itu telah dirakam oleh isterinya sebaik lelaki itu dan kekasihnya tiba di lapangan terbang.

Muka berubah pucat, kekasih buat-buat tak kenal

Menerusi video itu, dapat dilihat lelaki itu dan kekasihnya sedang mesra bersama sebelum disapa oleh perakam video yang bertanya tentang apa yang mereka lakukan.

Pasangan lelaki itu kemudian berkalih ke arah lain, seakan tidak mengenali lelaki itu dan perakam itu mengingatkan lelaki tersebut bahawa mereka masih sah lagi sebagai suami isteri.

Awak buat apa ni? Awak tahukan kita masih sah berkahwin?

“Dah berapa lama kamu dengan dia (suami perakam)?” tanya perakam video.

“Macam nampak malaikat maut muka lelaki tu”

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan telah mengecam insiden tersebut dan tindakan lelaki itu menduakan isterinya.

Malah ramai juga bersimpati melihat reaksi lelaki berkenaan yang benar-benar terkejut dengan kehadiran isterinya di lapangan terbang.

image is not available

Makin menjadi-jadi ye kes curang sekarang ni…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.