
Malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi jika sedang memandu di jalan raya.
Terbaru, seorang gadis berkongsi dalam TikTok miliknya di mana dia terlibat dalam kemalangan di kawasan Damansara, namun apa yang mengejutkan ialah seorang selebriti kebetulan berada di situ dan bertindak membantunya.
Artikel berkaitan: “Tu rezeki Allah, Allah suruh bagi dekat awak” – Amar Asyraf Menangis, Zizan Borong Baju & Sambal RM1000
Artikel berkaitan: “5 minit 3 orang jatuh” – ‘Flyover’ Kg Pandan Didakwa Tak Selamat, Boleh Sebabkan Kemalangan
Selebriti yang dimaksudkan ialah pengacara dan pelakon Zizan Razak, pelakon filem Polis Evo itu bukan sahaja memberhentikan kereta dan menolong gadis malang itu malah dia juga menumpangkan mangsa kemalangan itu ke balai polis untuk membuat laporan.

“Pakej dapat lawak percuma sebagai coping mechanism selepas kemalangan daripada Inspektor Sani,” tulisnya di kapsyen.
“Kalau dah jodoh tak ke mana kak”
Perkara itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen terhibur meskipun keadaan kereta gadis itu dilihat agak teruk.
Ramai juga netizen yang berseloroh seakan kemungkinan mereka berdua itu berjodoh memandangkan Zizan juga masih ‘solo’.

Aduhai, adakah ini jodoh? Mana tahu kan?
Sumber: TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


