“Macam ni rupanya aku dulu” – Netizen Terkenang Memori ‘Night Walk’ Zaman Sekolah

Entertainment
25 Jun 2024 • 1:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila ingat balik zaman sekolah, pasti kita semua ada memori yang tak dapat dilupakan teruatamanya dengan kawan-kawan. Kalau terkenangkan balik semula memori tu, mesti ketawa tak kering gusi.

Bagaimanapun, satu video telah tular baru-baru ini memaparkan murid-murid sekolah rendah sedang melakukan aktiviti night walk bersama guru mereka.

Buat night walk macam masuk hutan!

Aktiviti night walk selalunya akan dilakukan pada wakti malam yang mana para pelajar akan masuk ke dalam hutan beramai-ramai sambil diawasi oleh para guru. Namun, sesetengah sekolah hanya melakukan aktiviti tersebut di sekitar sekolah untuk keselamatan bersama.

Kelihatan dalam video yang tular itu, beberapa barisan pelajar sedang berjalan di sekitar kawasan sekolah sambil memegang tali dan menutup mata. Bila dah tutup mata ni, mesti terbayang macam-macam benda boleh jadi.

image is not available
Sumber: tiktok

Video yang dimuat naik oleh @aishahsaadah94 di TikTok, bertujuan untuk mengenang kembali memori perkhemahan bersama anak muridnya.

Memori perkhemahan batch 11. Cikgu-cikgu menyakat pun sama penakut.

Lebih menghiburkan, guru-guru yang memimpin kesemua pelajar itu mengusik menggunakan daun serta dan berbisik sesuatu di telinga mereka. Mungkin terlalu takut, ada pelajar yang bertakbir dan membaca ayat suci Al-Quran bersama-sama.

Netizen throwback aktiviti night walk

Menjengah ke ruangan balas, ramai netizen terhibur melihat gelagat mereka dan terkenang semula memori zaman sekolah dahulu.

image is not available image is not available

Kelakar tengok semua menjerit-jerit.. cikgu pun suka menyakat!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.