
Macam Ni Rupanya Bila Bapa-Bapa Pergi “Meet & Greet” K-Pop
Bila sebut saja “K-pop”, ramai secara automatik akan mengaitkannya dengan remaja, Gen-Z atau peminat muda yang sanggup beratur berjam-jam dan hafal nama idola.
Seolah-olah muzik dan budaya ini hanya ‘hak’ golongan muda. Bahkan, ada yang beranggapan apabila semakin berumur, minat juga perlu berubah mengikut angka umur.
Sedangkan realitinya, minat itu lahir daripada jiwa dan tidak pernah mengenal usia. Apa yang kita suka akan tetap kita suka, walaupun rambut sudah beruban.
POV: Teman bapa kau pergi first K-pop event dia
Baru-baru ni, media sosial ‘kecoh’ bila satu video tular memaparkan seorang pak cik steady hadir ke acara Meet & Greet kumpulan K-pop SEVENTEEN yang berlangsung di Malaysia.
Dikongsikan oleh si anak menerusi TikTok @bukokemano, difahamkan si ayah datang jauh dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata nak tengok kumpulan K-pop kegemarannya itu.
Lebih mencuit hati, gelagat si ayah sepanjang acara mendapat perhatian ramai. Bak kata netizen, “pak cik pun ada fandom sendiri”.
-link-
Untuk yang belum tahu, pak cik ni sebenarnya dikenali sebagai “Pak Cik Pizza”, hasil daripada bisnes pizza miliknya yang dah lama popular.
Tak hairanlah bila kehadiran beliau di event tersebut mendapat sambutan, siap ada yang tegur dan ajak bergambar.
@bukokemano bila ayah kau minat @SEVENTEEN be like
@Mango Love Melaka
But thank god dia masuk, sebab tahu2 muncul kat TV HAHAHA #mangolovemelaka #misterpotato #seventeeninkl #fypシ゚ #carats
@bukokemano Replying to @샤자 part 2 is out! overall he’s happy, as long as you guys are happy too! Thank you now go support @Mango Love Melaka
!! Can’t wait for next @SEVENTEEN event kalau ada
#misterpotato #seventeeninkl #carats #fyppppppppppppppppppppppp #kpop
Menjengah pula ke akaun TikTok Pak Cik Pizza sendiri, memang meriah. Banyak video pengalaman beliau sepanjang menghadiri acara tersebut dikongsikan, termasuk momen teruja bila dapat jumpa idola kesayangan.
Siap bergurau panggil ahli SEVENTEEN sebagai ‘menantu’ lagi.
@imangolove2 Replying to @ashila.zahari
uncle berterima kasih sangat to @misterpotatomy untuk kesempatan bertemu dengan @SEVENTEEN walaupun dari jauh sikit hahaha. Thank you jugak yang mana yang tegur dan mengenali uncle, appreciate sangat-sangat
semoga anak-anak carats diluaskan rezeki tau
#jinjjalovemisterpotatomy #seventeeninkl #caratseventeen #fyppppppppppppppppppppppp #kpop
“Uncle, saya sebenarnya anak Uncle yang dah hilang 19 tahun lalu.” – Netizen
Seperti dijangka, ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada netizen.
Rata-rata netizen memuji sikap positif beliau dan menganggap kehadiran Pak Cik Pizza sebagai satu ‘penyeri’ yang jarang dapat dilihat dalam acara sebegitu.
“Ya Allah, comelnya Pak Cik!”
“Siapa sebenarnya jemputan khas? Uncle ke Seventeen? Nampak macam meet and greet Uncle je…”
“Uncle, semua TikTok family Uncle dah lalu FYP saya.”
“Satu Bukit Bintang sorak untuk Pak Cik.”
BACA: Tiga Lelaki Botakkan Kepala Demi Sahabat Pejuang Kanser, Buat Ramai Sebak
Sumber: TikTok @bukokemano
The post Macam Ni Rupanya Bila Bapa-Bapa Pergi “Meet & Greet” K-Pop appeared first on Siakap Keli.





