“Macam pengetua bersara” – Makcik ‘Cleaner’ Sekolah Terima Hadiah Bersara Dari Murid & Guru Buat Netizen Terhibur

Family & Parenting
18 Dec 2023 • 6:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dah menjadi lumrah dalam sekolah bila seseorang guru tu nak bersara, seluruh warga sekolah akan mengambil peluang untuk bagi hadiah sebagai tanda penghargaan. Lagi-lagi kalau orang tu dikenali dengan sifat baiknya, memang banyaklah hadiah yang dia terima.

Baru-baru ni, seorang pengguna TikTok, symazani berkongsi video mengenai ibunya yang mendapat hadiah bersara dari guru-guru dan murid-murid.

Namun, apa yang mencuri perhatian ialah hadiah-hadiah yang dia dapat tu mengalahkan pengetua bersara tau!

Dipercayai, ibunya yang mesra dengan panggilan Makcik Midah itu merupakan seorang cleaner yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Perak. Akan tetapi, dia baru saja bersara dari kerjanya itu baru-baru ni.

Disebabkan tu, pihak sekolah meraikan persaraannya dengan memberinya pelbagai hadiah sepanjang berkhidmat di sekolah tersebut walaupun dia hanya merupakan seorang cleaner.

Dalam video tersebut, kelihatan banyak beg-beg hadiah untuk Makcik Midah diletakkan atas satu sofa sehingga penuh.

 

Di samping tu, Makcik Midah turut menerima kad-kad ucapan terima kasih dari murid-murid yang lawa-lawa dan menghiburkan netizen.

“Terima kasih Makcik Midah kerana bersihkan kelas kami. Kami sayang Makcik Midah.”

“Terima kasih Makcik Midah kerana menyapu kelas 3 Al-Izzah sehingga bersih. I love you.”

“Saya sayang Makcik Midah. Semoga Makcik Midah sihat selalu.”

image is not available

Tak kurang juga, ada yang sanggup selitkan RM2 dalam kad ucapan tu semata-mata nak beri hadiah pada makcik ni.

Pada masa yang sama, Makcik Midah juga unboxing hadiah dari guru dan kawan-kawannya yang diantaranya merupakan telukung, handbag, makanan dan tupperware.

@symazani

Replying to @iekaaa done unboxing kata. Haha hadiah dah bukak duluuuu sebab esaiteddddd #fyp #fypシ

♬ original sound – SyimaA – SyimaA

Video yang meraih hampir 400 ribu tontonan itu turut mendapat pujian dari netizen untuk Makcik Midah di samping berkongsi pengalaman yang sama.

image is not available

Terima kasih, Makcik Midah!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.