“Macam pernah nampak…” – Netizen Kagum Proton Waja Digunakan Polis Luar Negara

LocalCars
13 Oct 2024 • 12:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

“Macam pernah nampak…” – Netizen Kagum Proton Waja Digunakan Polis Luar Negara

Proton, jenama kereta kebanggaan Malaysia, telah lama menjadi pilihan hati rakyat tempatan.

Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) ini merupakan pelopor industri automotif negara, dengan model pertama mereka, Proton Saga, dilancarkan pada tahun 1985.

Sejak itu, PROTON telah mengeluarkan pelbagai model ikonik seperti Proton Wira, Proton Iswara, Proton Preve, dan kini dalam era kenderaan elektrik (EV) dengan model Proton e-MAS 7.

Pelbagai model PROTON sering digunakan untuk perkhidmatan seperti e-hailing dan menjadi pilihan utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tugas penguatkuasaan undang-undang.

Salah satu model yang paling sinonim dengan kereta polis ialah Proton Waja.

Dahulu, ia sering digunakan dalam operasi membanteras jenayah di seluruh negara dan masih boleh dilihat digunakan di beberapa balai polis hingga kini.

Polis England pun pakai Proton

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah klip video yang memaparkan Proton Waja berwarna perak sedang digunakan oleh pasukan polis di luar negara.

image is not available
Gambar: TikTok @historyoftopgear

Menariknya, kereta itu bukan digunakan di dalam Malaysia tetapi di Timur Laut Lincolnshire, England.

Klip berdurasi 15 saat itu menunjukkan Proton Waja yang diubah suai dengan sedikit cat warna hijau dan biru di sisi kenderaan serta siren di atas bumbungnya.

Kereta itu dilihat meluncur laju, dipercayai digunakan oleh peronda trafik di kawasan tersebut.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya kagum melihat model keluaran kebangsaan itu digunakan oleh orang luar.

Sebahagiannya turut menzahirkan rasa bangga dengan model buatan tempatan itu.

“Proton Waja di London,”

“Proton Waja ni boss,”

“Terbaik Proton Waja,”