“Macam semut” – Mat Moto Bertempiaran Lari Lepas Nampak Sebuah Kereta Polis

Entertainment
21 Jan 2024 • 1:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jenguk lah di mana sahaja di seluruh Malaysia, kita pasti akan menemui orang yang bermotosikal. Pada dasarnya, motosikal adalah kenderaan yang memudahkan penunggangnya. Namun, dengan ada segelintir penunggang yang menyalahguna kenderaan itu untuk dijadikan sebagai medium lumba haram.

Terkini, tular satu video di media sosial dimana ratusan mat moto atau mat rempit bertempiaran lari apabila ternampak sebuah kereta polis. Kejadian dipercayai berlaku di R&R Bagan Ajam, Pulau Pinang. Korang boleh tengok video @anthraxxx781 di bawah.

Macam semut

Kalau dilihat dari dalam video ini, memang ramai betul mat rempit yang lepak di tepi-tepi jalan. Dikhabarkan tempat ini adalah port tumpuan untuk mat rempit berlumba haram kerana jalannya yang lurus dan tak berliku.

image is not availableItulah. Kalau tak salah, tak perlu takut dan lari. Ini baru satu je patrol car datang, dah habis lari macam semut.

image is not availableMin boleh sahkan perkara ni sebab kawasan tu dekat dengan tempat tinggal min. Asal malam minggu je mesti ramai mat moto atau mat rempit standby situ untuk racing. Kadang tu risau kita tengok. image is not availableAgak-agak lah kan nk main moto sampai lepas subuh. Orang lain nak rehat juga. Mungkin pihak berkuasa boleh jalankan operasi dan sita moto ni untuk kesejahteraan orang ramai.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article